kambing biri biri

Kambing Biri Biri Malaysia

Selain daripada kambing, terdapat juga sejenis haiwan ternakan ruminan yang mempunyai ciri-ciri seperti seekor kambing iaitu biri-biri @ kambing biri biri. Seperti juga kambing, biri biri adalah haiwan mamalia berkaki empat dan boleh dijadikan sebagai haiwan ternakan untuk susu dan daging. Cuma keunikan yang ada pada biri-biri adalah ia turut diternak untuk pengeluaran bulunya. Di dalam slot perkongsian ini kami kongsikan info berkenaan kambing biri biri di Malaysia.

Biri biri di Malaysia mempunyai beberapa jenis baka yang biasa diternakan untuk dijual mahupun dikomerselkan. Yang menariknya daripada baka-baka gabungan tempatan dan luar negara ini menghasilkan beberapa baka kacukan baru yang tidak kurang kualiti ketahannnya. Antaranya adalah:

  • Baka tempatan
  • Dorset
  • Wiltshire
  • Romney
  • Suffolk
  • Corriedale
  • Kacukan baka tempatan & import

Secara umumnya, baka-baka inilah yang banyak terdapat di malaysia sekarang. Anda boleh mencari lebih banyak info baka ini di saluran facebook group atau di laman jpv Malaysia.

Ciri Ciri Khas Kambing Biri Biri

Walaupun mempunyai ciri ciri fizikal yang hampir sama, terdapat beberapa ciri khas yang membezakan antara biri biri dan kambing ini. Untuk mengenal pasti ciri-ciri ini tidaklah sukar, antaranya adalah seperti berikut:

Ekor
Biri biri mempunyai ekor yang jatuh ke bawah seperti ekor lembu, manakala kambing mempunyai ekor yang sedikit naik.

Daging
Daging biri biri mempunyai lemak yang lebih banyak berbanding daging kambing.

Bulu Keriting
Biri biri mempunyai bulu yang tebal dan keriting berbanding kambing yang berbulu halus dan nipis

Ini adalah 3 ciri khas yang boleh membezakan antara kambing dan biri biri. Jika diperhatikan daripada luaran sahaja anda pasti boleh membezakan antara kedua-dua haiwan ruminant ini.

Harga Seekor Biri-biri

Secara kasarnya harga seekor biri biri ini lebih kurang sama sahaja dengan harga seekor kambing, bergantung juga kepada baka, umur, dan jumlah pembelian. Untuk pengetahuan anda daging biri biri ini mempunyai tekstur yang berbeza dengan daging kambing iaitu ia mempunyai lemak lebih banyak berbanding daging kambing. 

Dari segi nutrisi pula, daging kambing mempunyai kandungan protein dan vitamin yang lebih banyak berbanding daging biri biri.

Kegunaan Biri-biri

Selain daripada daging dan susu biri-biri ini turut diternak untuk pengeluaran bulunya. Untuk pengetahuan anda, bulu kambing biri biri adalah antara gentian haiwan yang paling laris di pasaran. Biri-biri yang diternak mempunyai warna bulu yang tidak sama antara satu dengan yang lain. Kebiasaannya kambing biri ini mempunyai bulu berwarna putih, hitam perang, dan bertompok, variasi warna ini menjadikan ia lebih diminati di pasaran.

Biri biri ini akan melalui proses mencukur bulu mengikut tempoh masa yang telah dijadualkan. Bulu biri biri ini akan dibiarkan panjang sehinggalah dicukur menggunakan mesin cukur khas. Biri biri yang diternak ini akan dijaga dari segi makanan, nutrisi, dan kesihatan untuk menghasilkan bulu yang berkualiti untuk permintaan pasaran.

Penyakit Kambing Biri Biri

Seperti juga kambing, biri biri juga turut tidak lari daripada terkena penyakit berjangkit. Yang menariknya penyakit yang sering dijangkiti biri biri ini turut kerap kali terkena pada ternakan kambing. Di sini kami kongsikan secara ringkas penyakit kambing biri-biri.

Cacing
Jangkitan cacing adalah penyakit yang sering merebak dalam kalangan haiwan ruminan termasuklah biri biri. Penyakit ini akan menyebabkan biri biri mengalami ciri birit, kurang selera makan, dan kurus

Blue Tongue
Penyakit ini berpunca daripada virus dan mudah terkena kepada kambing dan biri biri. Simptom utama penyakit ini adalah lidah akan membengkak dan kemerah-merahan.

Puru
Juga berpunca daripada virus yang boleh menyebabkan luka tumbuh pada bibir, mulut, dan hidung. Penyakit ini boleh sembuh jika dirawat dengan segera.

Baca Artikel Berkaitan : Pelan Kandang Kambing

Akhir Kata

Biri biri juga mempunyai nilai komersial yang baik untuk diusahakan di Malaysia. Tambahan cara ternakan biri biri ini juga tidak banyak beza dengan ternakan kambing, oleh itu, para peternak boleh mengambil peluang ini dengan mencuba menternak biri biri pula. Semoga bermanfaat!

Rujukan Wikipedia

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top