Pelan Kandang Kambing

Pelan Kandang Kambing Dengan Kos Murah

Pelan kandang kambing yang betul serta lengkap dengan pengiraan kos mesti ada bagi memudahkan kontraktor kandang kambing untuk memulakan proses pembinaan. Untuk membina kandang yang baik, anda juga perlu tahu plan kandang yang terbaik disamping menjimatkan kos anda.

Jika anda seorang peternak yang berpengalaman dalam membina kandang kambing pasti bijak dalam membelanjakan duit untuk membina kandang untuk kambing. Ini kerana ramai yang tersilap membuat pengiraan dan menyebabkan berlakunya pembaziran dan rugi. Di dalam slot ini kami kongsikan plan kandang kambing dengan kos murah serta beberapa tips lain.

Keperluan Kandang Kambing

Untuk membina reban kambing yang terbaik, anda perlu tahu perkara yang perlu untuk memudahkan aktiviti di kemudian hari. Keperluan ini jika tidak diambil serius akan menyebabkan masalah di kemudian hari dan lebih teruk jika perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menaik taraf semula kandang.

Keperluan kandang yang mesti ada:

  • Pan pengasingan kambing (Jantan, betina, ibu bunting @ ibu menyusu, dan kambing sakit) 
  • Pagar keselamatan
  • Stor ubatan (vaksin, vitamin, dan antibiotik)
  • Biosekuriti
  • Stor makanan
Pelan Kandang Kambing
Pelan Kandang Kambing

Di dalam senarai di atas adalah antara perkara yang perlu ada bagi kandang kambing modern. Pembahagi kambing @ atau biasa dipanggil sebagai Pan peru direka di dalam plan kandang kambing dengan betul. 

Ini kerana fungsi setiap pan ini berbeza bergantung kepada keadaan kambing itu sendiri. Contohnya kambing jantan hendaklah diletakkan di pan yang mempunyai dinding yang tinggi kerana ia boleh melompat keluar. Untuk kambing betina pula perlu diletakkan di pan yang luas bersesuaian dengan jumlah bilangan semasa kambing.

Lokasi & Kedudukan Kandang Kambing

Plan seterusnya dalam lokasi membina kandang moden, ini juga wajib termasuk di dalam plan kandang kambing kerana lokasi kandang perlulah sesuai dengan iklim dan keperluan kandang kambing di atas. Antara yang perkara yang mempengaruhi lokasi kandang adalah:

  • Penerimaan cahaya matahari yang baik
  • Memudahkan kerja memberi makan
  • Memudahkan kambing keluar meragut
  • Proses mengurus tinja kambing lebih mudah

Contohnya kandang mestilah dibina berdekatan dengan tempat penyimpan makanan atau tempat yang mempunyai kawasan meragut yang luas untuk kambing dilepaskan meragut. Ini secara tidak lansung memudahkan pekerja untuk melakukan aktiviti memberi makan kambing setiap hari. 

Selain itu, kadar penerimaan cahaya matahari yang cukup juga memainkan peranan penting untuk kambing ini cergas dan sihat sepanjang hari. Oleh itu, plan kandang kambing yang terbaik untuk kedudukan kandang adalah bahagian sisi kandang menghadap ke arah matahari turun dan naik.

Pelan Kandang Kambing

Lantai

Untuk lantai kandang kambing modern yang paling terbaik sekali adalah jenis lantai tinggi. Kandang kambing lantai tinggi ini sudah sinonim dengan ternakan kambing masa kini. Terdapat dua jenis lantai jenis material yang boleh digunakan untuk membuat lantai tinggi ini iaitu:

  • Lantai tinggi kayu (lebih murah)
  • Lantai tinggi slat plastik (lebih mahal)

Anda boleh memilih samada ingin menggunakan salah satu jenis material lantai di atas bergantung kepada bajet anda. Yang paling penting sekali lantai kandang kambing hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tahan lama
  • Mudah dicuci dengan air
  • Tidak melekat
  • Cepat kering

Untuk membina lantai hendaklah mempunyai jarak kecil iaitu dalam 1 ke 2 cm untuk memudahkan najis jatuh ke bawah. Untuk rujukan luas kawasan untuk seekor kambing dewasa adalah sekitar 10 ke 15 kaki persegi.

Dinding

Untuk dinding pula anda boleh menggunakan papan biasa sahaja, namun pastikan menggunakan kayu papan yang tahan lama dan lasak kerana sifat kambing ini gemar menanduk benda-benda di sekelilingnya. 

Untuk 1 meter pertama dari lantai tinggi, anda boleh menggunakan kayu sebagai dijadikan sebagai dinding, manakala bahagian atas selebihnya boleh meletakkan rangka kandang sahaja untuk memberi pengudaraan yang baik. Untuk pan jantan boleh tinggikan sedikit dinding untuk mengelakkan ia melompat keluar ke pan betina.

Bumbung

Pelan Kandang Kambing
Pelan Kandang Kambing

Reka bentuk bumbung juga perlu ada di dalam pelan kandang kambing, material yang digunakan hendaklah mesra dengan iklim Malaysia bagi mengelakkan kambing stress akibat haba yang panas. Berikut adalah antara material yang digunakan untuk bumbung kandang kambing:

  • Zink (mudah dipasang, tapi risiko haba tinggi)
  • Aluminium (boleh mengurangkan haba tetapi harga mahal)
  • Asbestos (material terbaik untuk atap kandang namun harganya mahal)

Bagi anda yang menggunakan zink untuk atap kandang, walaupun murah dan kurang bagus untuk ternakan, anda masih boleh ubahsuai jenis atap bagi membenarkan aliran keluar masuk angin berlaku dengan baik. Jenis bumbung terbaik untuk kandang kambing ini adalah jenis double roof.

Palung Makanan

Untuk palung makanan hendaklah disediakan di luar dan di setiap pandalam kandang. Paling makanan ini juga hendaklah direka agar boleh menampung makanan palet dan juga rumput cat & carry

Setiap pan perlu mempunyai palung makanannya sendiri kerana untuk memudahkan pemberian makan mengikut keperluan kambing. Contohnya ibu kambing yang baru beranak memerlukan makanan yang tinggi tenaga, bagi mengelakkan bercampur dengan makanan kambing lain pan dengan palung makanan khas perlu disediakan.

Akhir Kata

Untuk membina kandang kambing yang terbaik anda perlulah mempunyai pelan kandang kambing yang turut disertakan dengan kos dan pilihan material yang murah tapi terbaik untuk digunakan. Selain itu, pelan kandang ini juga membolehkan anda design kandang kambing mengikut kapasiti kambing dan paling penting mengikut bajet poket anda. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top