Kambing Gurun

Kenali Kambing Gurun Di Malaysia

Kambing gurun @ nama saintifiknya Capricornis Sumatraensis adalah sejenis kambing yang tergolong dalam kalangan haiwan liar dilindungi disebabkan populasinya semakin pupus. Kambing gurun ini mempunyai keunikan yang membezakan ia dengan kambing biasa. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa info menarik berkenaan kambing gurun di Malaysia.

Iklim & Habitat Kambing Gurun

Percaya atau tidak, kambing gurun ini juga sebenarnya boleh hidup di iklim negara tropika termasuk Malaysia. Baka kambing hutan ini boleh didapati di kawasan asia tenggara seperti selatan thailand, dan juga indonesia. Jenis kambing hutan ini akan hidup di kawasan berbukit bukau dan kawasan berbatu sesuai dengan habitat asalnya di dalam hutan rimba.

Perbezaan Kambing Gurun Dan Kambing Hutan

Antara persoalan yang kerap bermain di dalam minda orang ramai adalah apakah beza kambing gurun dan kambing hutan. Berdasarkan carian dan kajian yang kami dapati menunjukkan kambing gurun ini adalah gelaran lain bagi kambing hutan. Maknanya dua panggilan ini merujuk kepada jenis kambing yang sama sahaja. 

Terdapat beberapa jenis kambing gurun yang terdapat di seluruh dunia, namun di wilayah Malaysia spesis kambing ini mempunyai fizikal seperti berikut:

  • Bulu yang kasar dan berwarna hitam kelabu
  • Mempunyai ekor yang pendek dan jatuh kebawah
  • Mempunyai telinga yang besar dan tegak
  • Kambing jantan tidak mempunyai jenggot di dagunya

Berikut adalah antara ciri-ciri yang terdapat pada kambing gurun di asia tenggara, jika dilihat pada luaran ini sahaja sangat mudah untuk membezakan antara kambing gurun ini dengan kambing domestik biasa.

Kambing Gurun Makan Apa?

Sama juga seperti kambing yang diternak, kambing gurun ini juga adalah sejenis haiwan herbivor yang memakan dedaunan dan tumbuhan hijau. Disebabkan habitat asalnya di dalam hutan maka kambing ini biasanya mencari makanan di dalam hutan dan jarang sekali keluar daripada kawasan habitatnya. Namun terdapat juga peristiwa kembing ini merayau di kawasan atas jalan raya seperti yang berlaku di terengganu tempoh hari.

Kambing Gurun Panjat Gunung?

Disebabkan kambing ini adalah sejenis kambing hutan, pastinya ia mempunyai keupayaan untuk memanjat gunung dan batu-batuan. Mungkin ramai yang cuma menganggap kambing gurun di luar negara sahaja yang boleh panjat gunung, ternyata silap kerana kambing gurun Malaysia ini juga mempunyai kebolehan yang sama cuma tidak kelihatan disebabkan kawasan tropika mempunyai banyak tumbuhan dan pokok.

Akhir Kata

Kambing gurun ini adalah antara haiwan liar yang kian pupus di Malaysia. Oleh itu, langkah pemuliharaan mesti diambil bagi memastikan populasi kambing liar ini selamat daripada kepupusan. Adalah lebih baik juga jika kerajaan melancarkan program untuk membiak baka kambing gurun ini untuk tujuan pemuliharaan populasinya. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top