Kambing Hutan

Kambing Hutan Malaysia

Kambing hutan merupakan sejenis kambing liar yang wujud di sekitar di asia tenggara termasuk Malaysia. Di Malaysia baka kambing ini amat jarang dilihat disebabkan ia lebih gemar menghabiskan masanya di kawasan hutan dan batu bukit. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa info berkaitan kambing hutan ini untuk rujukan anda.

4 Spesies Kambing Hutan

Kambing hutan adalah sejenis kambing daripada keluarga spesies Capricornis yang terbahagi kepada empat spesis. Setiap jenis baka kambing hutan ini mempunyai beberapa berbezaan dari segi fizikal, ukuran, dan juga kawasan populasi. Empat jenis kambing hutan adalah seperti berikut:

Capricornis crispus

Kambing hutan ini lebih dikenali sebagai japanese serow, spesis ini terdapat di kawasan Honshu, Kyushu, dan Shikoku Japan

Capricornis sumatraensis

Capricornis sumatraensis adalah sejenis kambing hutang yang terdapat di kawasan asia tenggara termasuk Malaysia. Kambing ini juga dikenali sebagai kambing gurun di Malaysia.

Capricornis rubidus

Jenis rubidus ini boleh dijumpai di kawasan asia seperti bangladesh dan myanmar.

Capricornis swinhoei

Populasi kambing hutan swinhoei ini boleh dijumpai di taiwan, disebabkan itu, ia juga dikenali sebagai Taiwan serow

Kredit wikipedia

Habitat Kambing Hutan

Kambing jenis hutan ini mempunyai habitat di kawasan hutan dan bukit berbatu, semula jadinya kambing jenis hutan ini akan menghabiskan masanya di dalam kawasan hutan sahaja. Salah satu keunikan kambing hutan ini adalah ia mempunyai kebolehan mendaki di batu bukit yang curam.

Populasi Semakin Pupus

Kambing jenis hutan ini dikatogarikan sebagai haiwan yang mengalami kepupusan disebabkan pengurangan populasi yang ketara. Antara punca yang menyumbang kepada pengurangan populasi kambing ini adalah disebabkan perburuan haram, pembalakan, dan juga tempoh kitaran bunting kambing ini yang lama. 

Perbezaan Kambing Hutan Dan Kambing Domestik

Disebabkan kambing jenis hutan ini amat jarang dijumpai di kawasan awam, maka ramai yang agak keliru dengan ciri-ciri kambing liar ini. Terdapat beberapa ciri yang membezakan kambing ini dengan kambing biasa antaranya adalah:

Ekor

Ekor kambing hutan ini akan lebih pendek dan kebawah, tidak sama seperti kambing biasa yang mempunyai ekor sedikit naik.

Telinga

Telinga kambing hutan ini mempunyai ukuran yang besar dan lebih tegak berbanding telinga kambing biasa yang sedikit kecil. 

Janggut

Ini yang unik berkenaan kambing hutan kerana ia tidak mempunyai janggut seperti kambing domestik. 

Warna Bulu

Tidak seperti kambing domestik yang mempunyai variasi bulu hitam, coklat, putih dan lain-lain. Kambing jenis hutan ini hanya mempunyai warna hitam dan kelabu sahaja.

Akhir Kata

Kambing hutan ini adalah salah satu khazanah semulajadi yang unik dan hampir pupus di Malaysia. Oleh sebab itu, kami juga turut mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memelihara spesies terancam ini. Diharap dengan info ini membantu anda lebih jelas berkenaan kambing hutan ini. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top