Kambing Gunung

Kenali Kambing Gunung

Kambing gunung atau nama saintifiknya Oreamnos americanus adalah sejenis kambing yang terdapat di bahagian Amerika Utara. Sesuai dengan gelarannya, kambing gunung ini tinggal di kawasan berbukit dan kawasan tinggi. Oleh sebab itu tidak hairan jika anda melihat kambing jenis ini mempunyai kelebihan boleh mendaki bukit curam dengan baik sekali. 

Kambing Gunung Malaysia

Di Malaysia tidak mempunyai spesies kambing gunung ini, tetapi mempunyai sejenis kambing hutan yang turut digelar sebagai kambing gurun. Kambing gurun ini hidup di kawasan hutan dan berbukit di malaysia dan turut mempunyai keunikan boleh memanjat bukit atau batu yang curam. 

Habitat Kambing Gunung

Kambing gunung akan menghabiskan masa seharian berada di kawasan bukit dan lereng bukit. Seperti juga kambing domestik, kambing jenis gunung ini mempunyai wilayahnya masing-masing dan jarang untuk keluar jauh dari kawasannya. Kebiasaanya kambing ini hanya bermain di lereng bukit, dan kakit bukit sahaja. 

Kambing gunung jantan akan bersama dengan kambing gunung betina hanya ketika dalam tempoh mengawan sahaja. Kambing betina yang bunting akan menjaga anaknya sehingga umur setahun sahaja.

Makanan Kambing Gunung

Sama seperti kambing domestik lain, kambing gunung adalah haiwan herbivor yang memakan tumbuhan dan daun-daun pokok. Di habitatnya, makanan kambing ini diperoleh di kawasan semak dan berumput. Malah sekiranya tidak menjumpai makanan di tanah, kambing ini juga boleh memanjat pokok untuk makanan daun dan pucuk pokok yang tinggi. 

Kambing ini akan mula mencari makanan ketika waktu pagi dan ketika hampir malam. Ini kerana waktu tenghari terdapat beberapa pemangsa yang keluar berburu makanan, maka untuk selamat kambing ini akan banyak rehat dan tidur pada tegahari.

Tingkah Laku Kambing Gunung

Kambing gunung ini dikategorikan sebagai kambing liar yang hidup di kawasan bukit dan berbatu. Kambing ini mempunyai perilaku yang agresif disebabkan dibesarkan di kawasan liar, antara perilaku kambing ini adalah gemar untuk memanjat, melompat, dan berlari. 

Kambing ini juga mempunyai keupayaan yang cekap dalam mengimbang badan ketika mendaki bukit, tambahan dengan kekuatan empat kakinya yang kuat menjadikan aktiviti mendaki bukit ini mudah bagi kelompok kambing gunung ini.  

Akhir Kata

Kambing gunung ini adalah antara keunikan yang terdapat di alam semulajadi, mempunyai kebolehan mendaki dan memanjat batu dan bukit yang curam menjadikan kambing ini dikenali di serata dunia. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top