Table of Contents
Kambing jamnapari adalah baka kambing yang tidak asing lagi di Malaysia. Panggilan asal kambing ini adalah “Jumna Pari” sempena nama sebuah sungai Jamna di Uttar Pradesh India. Kambing jamnapari ini tergolong dalam baka kambing paling besar di India dan tahan lasak. Bukan hanya di Malaysia, baka jamnapari ini juga dikenali di seluruh dunia sebagai ternakan kambing pedaging dan kambing tenusu.
Baka Kacukan Jamnapari
Baka asal kambing jamnapari ini adalah dari negara India yang telah dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 1970 lagi. Namun kambing baka ini yang memasuki Malaysia adalah daripada baka Jamnapari dari negara Indonesia. Maka oleh sebab itu, baka jamnapari yang masuk ke Malaysia ini adalah baka kacukan jamnapari dengan kambing tempatan indonesia dan Malaysia atau dipanggil sebagai Peranakan Ettawah (PE).
Baka kacukan jamnapari dan kambing tempatan ini menjadi pilihan bagi peternak di Malaysia kerana dikatakan mempunyai genetik yang lebih baik dan tahan penyakit. Malah terdapat juga pendapat yang menyatakan India menghadkan export baka tulin jamnapari ini bagi menjaga kualiti populasi jamnapari tulin di India sahaja.
Kelebihan Kambing Jamnapari
Dwi Fungsi (Daging & Susu)
Seperti juga baka kambing yang lain, kambing baka jamnapari ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Keunikan utama kambing ini adalah boleh diternak untuk daging dan susunya seperti baka kambing Anglo Nubian. Malah hanya Jamnapari dan Anglo Nubian sahaja baka kambing di Malaysia yang mempunyai keistimewaan dwi fungsi boleh menghasilkan susu dan daging pada masa yang sama.
Pembiakan Dan Produksi Yang Cepat
Kambing baka jamnapari ini mempunyai kelebihan dari segi perkembangan tumbesaran yang cepat. Seekor kambing betina boleh melahirkan anak kambing sebanyak dua kali setahun dengan purata empat ekor anak untuk setiap kelahiran. Baka jamnapari ini adalah yang cepat membiak berbanding baka kambing yang lain.
Anak kambing jamnapari ini akan mulai matang seawal usia 6 ke 10 bulan dan boleh dikahwinkan. Jamnapari ini juga mempunyai fizikal yang besar berbanding kambing lain iaitu dengan purata 35 ke 70kg seekor dan boleh mencecah sehingga 100kg.
Tahan Penyakit
Selain mempunyai fizikal yang besar, baka jamnapari ini juga mempunyai ketahanan penyakit berjangkit yang baik. Ini terbukti dengan kadar kematian yang rendah iaitu kurang 7 peratus pada usia anak dan kurang 3 peratus pada kambing dewasa. Namun begitu, langkah mencegah penyakit masih perlu diamalkan dalam ternakan bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius.
Akhir Kata
Yang pastinya kambing jamnapari ini adalah baka yang berpotensi untuk diusahakan di Malaysia, tambahan dengan keupayaan pengeluaran daging dan susu membolehkan peternak memaksimalkan pengeluaran untuk dijual. Diharap dengan info serba ringkas ini membantu anda untuk menjadi peternak yang berjaya. Anda juga meminati Kambing Biri Biri
Rujukan Wikipedia
FFFFF