design kandang kambing

Design Kandang Kambing Moden

Design kandang kambing terkini dan moden menjadi pilihan bagi ramai peternak kambing masa kini. Disebabkan peredaran zaman yang semakin maju menjadikan kandang kambing atas tanah kurang menjadi pilihan para peternak. Tambahan, rata-rata kandang kambing modern ini mempunyai design lantai tinggi untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan kambing. Di dalam slot perkongsian ini kami kongsikan beberapa jenis kandang kambing untuk rujukan anda. Selamat membaca!

Kandang Kambing Simple

Kandang kambing jenis simple ini kebiasaannya didirikan oleh kebanyakan petani kecil ataupun golongan yang menjadikan menternak kambing sebagai hobi semasa. Kandang jenis simple ini boleh menampung kambing dalam jumlah yang kecil sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat juga kandang simple ini didirikan untuk menampung jumlah kambing yang banyak, namun masih kurang relevan untuk tujuan peternakan komersial.

Kredit : google.com

Kandang Kambing Modern

Reka bentuk kandang kambing seterusnya adalah berkonsepkan modern. Konsep reban kambing moden ini adalah antara design yang sesuai untuk peternakan secara komersial. Kandang kambing moden ini direka dengan konsep untuk mengurangkan stress pada kambing disamping untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan kemudian hari.

Kredit : Pinterest.com

Kredit : indiamart.com

Kredit : justdial.com

Bermula dari rangka dan material kandang moden ini adalah yang paling ideal untuk ternakan kambing secara besar-besaran. Kandang jenis ini direka untuk mempunyai sistem yang teratur termasuklah memudahkan aktiviti harian seperti pengurusan najis kambing, kebersihan kandang, dan proses memberi makan kambing.

Terdapat juga kandang kambing yang berkonsepkan tertutup, kandang jenis tertutup ini mempunyai kelebihan boleh mengawal keadaan sekeliling reban, ini boleh mengurangkan risiko stress pada kambing yang diternak. Namun kekurangannya adalah ia memerlukan modal yang besar untuk dibina dan diselenggara.

Lantai Kandang Kambing

Salah satu perkara yang paling penting dalam design kandang kambing modern dan terkini adalah pada material bahagian rangka kandang. Ini kerana rangka kandang ini perlulah berkualiti dan tahan lama, rata-rata kandang kambing yang bagus dan berkualiti boleh digunakan selama 10 tahun. 

Antara bahagian rangka yang paling penting adalah pada bahagian lantai kandang. Kandang kambing lantai tinggi ini memerlukan lantai kuat untuk menampung jumlah kambing dan sebarang aktiviti di dalam kandang. Oleh sebab itu, material yang digunakan mestilah berkualiti, tidak mudah rosak, tidak melekit, dan cepat kering apabila terkena air. Disini kami kongsikan jenis lantai yang biasa digunakan untuk reban kambing lantai tinggi.

Lantai Kayu

Material yang biasa digunakan untuk membuat lantai adalah daripada jenis kayu. Pastikan hanya menggunakan kayu yang tahan lama dan baru untuk membuat lantai ini. Lantai kayu ini hendaklah mempunyai sedikit ruang antara satu dengan yang lain iaitu dalam 1 hingga ke 1.5 cm. Ruang ini bertujuan untuk membolehkan najis kambing jatuh ke bawah untuk proses pembersihan.

Jarak lantai dan tanah hendaklah minima 5 kaki, ini kerana jika terlalu rendah gas ammonia yang terhasil daripada najis dibawah akan naik dan menyebabkan kambing mengalami simptom sukar bernafas seperti mata berair, batuk, dan kesukaran bernafas.  

Lantai Slat Plastik 

Kredit : MIH Goat Farm

Jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh menggunakan lantai jenis slat plastik. Lantai slat plastik sebenarnya banyak digunakan dalam kandang haiwan seperti kucing, arnah, dan juga kambing. Kelebihan utama lantai plastik ini adalah ia tahan lebih lama berbanding lantai kayu dan mudah untuk dibersihkan. Selain itu ia juga:

  • Tahan hakisan dan akti oksida
  • Ringan 
  • Mudah dipasang dan jimat masa
  • Mudah untuk dicuci
  • Diperbuat daripada plastik PP berkualiti

Jika dibandingkan dengan dengan lantai jenis material kayu sudah semestinya lantai  jenis slat plastik ini lebih baik untuk digunakan. Namun ia juga memerlukan kos yang tinggi disebabkan dijual dengan harga yang sedikit mahal berbanding kayu.

Akhir Kata

Secara keseluruhannya design kandang kambing yang mempunyai ciri-ciri moden ini adalah jenis kandang kambing paling sesuai untuk ternakan secara serius. Konsep lantai tinggi ini menjadikan kambing kurang terdedah dengan risiko penyakit dan memudahkan sistem aliran udara dan pengurusan najis yang teratur. Semoga bermanfaat!

Rujukan MIH Goat Farm

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version