Cara Terbaik Tanam Ciri Padi di Rumah | Cara Semai Cili Padi

Cili padi adalah antara bahan-bahan yang seing digunakan di dalam masakan harian orang ramai. Penggunaan cili padi ini tidak lagi asing terutamanya dalam masakan-masakan orang malaysia. Oleh sebab itu ramai yang mencuba untuk menanam sendiri cili padi untuk kegunaan harian di rumah. Bukan itu sahaja, ia juga lebih jimat kerana pokok cili ini adalah pokok yang mudah berbuah dan mudah diurus.

Di dalam artikel ini membincangkan cara terbaik untuk tanam cili di rumah.

Capsicum annuum atau lebih dikenali dengan panggilan cili adalah antara pokok sayur yang paling dikenali dalam kalangan pekebun baik. Cili ini mempunyai daya tahan yang kuat berbanding poko sayur lain. Sebab itulah tidak hairan pekebun komersel pokok cili boleh menghasil kan tuaian yang banyak walaupun dalam kawasan tanah yang terhad.

Langkah Pertama : Dapatkan biji benih cili padi 

Langkah pertama sekali adalah semai biji benih cili padi. Anda boleh dapatkan stok biji benih dengan membeli di pasaraya atau boleh sahaja membeli secara dalam talian di shopee dan lazada. Selain itu, cara mudah untuk mendapatkan biji benih ini ialah dengan cara mengambil biji-biji dari cili-cili yang anda beli. namun cara ini anda harus membersihkan dan memilih terlebih dahulu biji benih yang baik untuk disemai.

Langkah Kedua : Cara membersih dan mengasingkan biji benih

Ambil biji benih dari 4 ke 8 batang cili padi, masukkan ke dalam bekas dan isikan air. Perhatikan akan ada biji yang terapung di permukaan air, ambil sudu dan buang biji yang terapung. Biji benih cili yang tenggelam sahaja digunakan untuk semaian.

Langkah Ketiga : Jemur biji benih cili padi tapi hingga kering

Setelah mengasingkan benih yang terapung selesai, toskan biji cili yang tenggelam tadi hingga air kering dan jemur di atas kertas A4. Ini bagi membuang bendasing pada biji dan memastikan biji benih benar-benar matang untuk disemai.

Langkah ini hanya perlu diamalkan untuk mengambil biji benih dari cili yang dibeli, anda boleh membeli biji benih yang telah sedia untuk disemai bagi memudahkan proses penanaman.

Langkah Keempat : Sediakan media tanah untuk semaian biji benih

Terdapat banyak kombinasi media tanah yang boleh digunakan sebagai tempat semaian biji benih. Dicadangkan menggunakan media tanah 100% peat moss sebagai media, jika anda mengalami masalah untuk mendapatkan media tanah yang sesuai, anda boleh membuat carian dalam talian di shopee untuk mendapatan media yang bagus pada harga mampu milik.

Langkah Kelima : Sediakan tempat untuk menyemai biji benih cili

Jika di rumah anda mempunyai banyak papan telur yang sudah tidak digunakan, boleh sahaja menggunakan papan telur sebagai tempat semai biji benih sebelum pindah ke tempat yang lebih sesuai. Caranya sangat mudah, ambil 1 atau 2 papan telur yang tidak digunakan, tabur media tanah anda biarkan rata kemudian taburkan pula biji benih cili tadi sekitar media tanah anda. Selesai menabur biji benih tadi, siram media tanah dengan air, jangan terlalu banyak air kerana boleh mengakibat kan papan telur basah. Boleh juga tambah sedikit peat moss di atas benih tadi, tapi jangan terlalu banyak cukup untuk menutup biji benih tadi. Siram air sedikit lagi dan biarkan biji benih bersama media tanah selama 5 hari

Langkah keenam : Selepas 5 hari

Pada hari ke 5 anak pokok cili akan kelihatan, pada hari ini anak pokok cili tadi boleh dipindahkan ke try semaian. Seperti biasa masukkan media tanah ke dalam try semaian, siram dengan air dan ratakan. Ambil satu persatu anak pokok cili tadi masukkan ke dalam try semaian. Anak pokok cili tadi hendaklah dijarakkan antara satu sama lain bagi mengelakkan persaingan untuk cahaya. Biarkan anak pokok membesar di dalam tray semaian selama 2 minggu atau lebih. Selepas 2 minggu alihkan anak pokok tadi di tempat yang lebih besar untuk membesar dan mengeluarkan cili untuk anda. Pokok cili akan mengambil masa 2 ke 3 bulan untuk menghasil kan cili yang boleh dipetik.

Anda boleh dapatkan benih dan cili padi secara atas talian pada harga murah. Tekan link shopee di bawah : https://shp.ee/4de5sbk

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version