Table of Contents
Bawang besar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan di dalam masakan dan menjadi keperluan di dalam masyarakat kita. Di dalam artikel ini mengkongsikan cara mudah tanam bawang besar dalam pasu sahaja.
Untuk memulakan proses tanam bawang besar ini ada perlukan:
- Pasu atau bekas
- Baja kompos + tanah
- Bawang besar yang bulat/sempurna tiada kerosakan.
- Air bersih
1) Pasu dan bekas
Untuk memulakan proses tanaman anda harus sediakan terlebih dahulu bekas dan pasu yang sesuai untuk tanaman. Boleh juga gunakan pasu untuk bunga atau mana-mana bekas yang sesuai untuk tanaman.
2) Baja kompos dan tanah
Salah satu tips untuk tumbesaran bawang besar adalah dengan menggunakan campuran kompos dan tanah di dalam media tanaman. Sudah semestinya kompos ini akan memberikan nutrisi yang cukup untuk bawang besar bercambah dan membesar dengan baik. Anda boleh membeli baja kompos di kedai-kedai bunga atau tumbuhan, boleh juga membeli di dalam talian shopee atau lazada.
3) Bawang besar sebagai induk
Sudah semestinya untuk tanaman bawang besar anda memerlukan bawang besar sebagai induk pemula. Pastikan anda memilih bawang yang mempunyai fizikal yang baik, tidak cacat dan sihat, kerana induk ini akan menentukan hasil yang akan diperoleh kemudian hari.
4) Air bersih
Bawang induk yang ditanam memerlukan kawalan dan perhatian untuk terus membesar dan membiak. Aktiviti seperti siraman dan pemangkasan perlu untuk menghasilkan bawang yag sihat.
Cara tanam bawang besar dalam pasu
Tips dan perkongsian ini diperoleh dari Youtuber gardening The Ripe Tomato Farms, perkongsian video cara-cara membesarkan bawang besar ini meraih tontonan sebanyak lebih 3 juta kali di youtube. Jom saksikan.
1) Dapatkan 4 atau lebih biji bawang besar untuk dijadikan induk, potong bahagian yang berakar. Ini kerana akar yang tumbuh itu masih boleh untuk dijadikan akar baru.
2) Sediakan 4 bekas yang berisi air di dalamnya, fungsi air ini adalah memberi nutrisi dan mineral untuk beberapa hari sahaja dalam proses pertumbuhan akar baru
3) letak pangkal akar bawang besar tadi di atas bekas yang berisi air. Pastikan bahagian akar berada di bawah dan terkena air di dalam bekas. Elakkan bahagian atas iaitu permukaan bawang yang dipotong terkena air.
4) Biarkan selama 5 hari, dalam masa 5 hari ini akan dilihat akar akan tumbuh semula.
5) Selepas 5 hari lihat induk yang ada pertumbuhan akar baru, biarkan selama 10 hari lagi sebelum tukar ke dalam pasu yang lain
kredit : youtube The Ripe Tomato Farms
6) Selepas 9 ke 10 hari, induk bawang akan mula mengeluarkan pucuk daun bawang, jika ini berlaku itu tanda induk bawang mula untuk tumbuh dengan baik. Boleh pindah kan induk-induk tadi ke dalam bekas pasu yang terakhir untuk dibesarkan. Pastikan bekas pasu sudah tersedia media campuran baja kompos dan tanah.
Selamat mencuba!