Cara Tanam Sawi

Cara Tanam Sawi Di Rumah

Cara tanam sawi terbaik boleh dikatogarikan kepada beberapa cara mengikut kepakaran masing-masing, yang pasti sawi ini adalah sejenis sayur yang popular dan mempunyai banyak manfaatnya di dalam hidangan harian seisi keluarga anda. Di dalam slot ini kami kongsikan cara tanam sawi dalam pasu dan dalam polybag yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Sawi adalah sayuran yang mudah untuk tumbuh dan dibesarkan. Untuk proses penanaman sawi ini tidaklah susah dan hampir kesemua orang pasti boleh melakukan. Jika anda ingin memetik sawi dengan percuma di laman rumah anda bolehlah terus membaca artikel ini kerana disini kami kongsikan cara semai benih sawi dengan mudah sahaja.

Jenis – Jenis Sawi Popular Di Malaysia

Bagi yang belum tahu sawi juga terdiri daripada beberapa jenis yang berlainan warna dan fizikal. Jika anda kerap ke pasar dan mencari sawi pastinya anda akan melihat perbezaan jenis saiw yang dijual di pasaran. Antara jenis sawi yang popular di Malaysia adalah:

  • Sawi hijau
  • Sawi bunga
  • Sawi putih
  • Sawi jumbo giant
  • Sawi pahit MT322
  • Sawi pahit bulat 122
  • Sawi jambak
  • Sawi bisi
  • Sawi batang merah

Senarai ini adalah antara jenis sawi yang anda boleh dapati dan tanam di Malaysia. Jika anda berminat untuk dapatkan biji benih sawi ini anda boleh dapatkan di laman jualan Shopee. Link kedai shopee dan FREE Voucher berada di hujung artikel ini. 

2 Kaedah Tanam Sawi di Rumah

Sawi adalah tanaman sayuran yang sangat mudah untuk ditanam, hampir semua orang pasti berjaya menanam sendiri sawi ini. Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menanam sawi iaitu melalui kerana batang akar dan juga melalui semaian biji benih. 

Kedua-dua cara ini anda boleh gunakan mengikut pilihan anda, bagi kami tanaman melalui biji benih adalah lebih baik kerana anda boleh menghasilkan sawi dalam jumlah yang banyak berbanding keratan akar batang sawi. Biji benih juga anda boleh beli daripada penjual yang premium dan berkualiti, jadi hasilnya sawi anda sangat sihat dan bagus.   

Cara Tanam Sawi Dari Keratan Batang

Untuk tanam sawi melalui keratan batang, anda perlu terlebih dahulu perlu menyediakan sawi dan potong bahagian daun, biakan tinggal batang dan akarnya sahaja. Batang dan akar sawi ini boleh ditanam di dalam tanah untuk percambahan pucuk sawi yang baru. 

Cara-cara

  1. Dapatkan beberapa sawi beserta batangnya
  2. Potong pucuk dan daun sawi, tinggalkan batang dan beberapa pucuk sahaja
  3. Rendam di dalam air selama sehari
  4. Sediakan pasu dan boleh mula tanam sawi tadi

Kredit : Nora Razak

Cara Tanam Sawi Dalam Pasu @ Dalam Polybag

Untuk semaian benih pula anda perlu membeli biji benih, kami cadangkan agar anda membeli benih sawi daripada jenama yang premium. Elakkan membeli benih sawi yang di repack, ini kerana benih yang kurang berkualiti ini mempunyai peratus percambahan pucuk yang rendah berbanding biji benih premium. Senarai biji benih premium di Shopee terdapat di hujung artikel ini, baca hingga habis ya..

Cara-cara

  1. Untuk semaian benih, dapatkan tisu basah dan letakkan di dalam bekas. 
  2. Taburkan biji benih sawi, siram dengan air hingga semuanya basah.
  3. Letak di kawasan redup hingga pucuk sawi mula tumbuh sehingga 3 inci (Dalam 2 minggu) 
  4. Selepas pucuk naik hingga 3 inci, boleh angkat satu persatu dan tanam ke dalam pasu @ polybag.
  5. Siram setiap hari hingga sawi matang dan boleh dituai.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Benih Sawi Premium : https://shp.ee/2sgmt2r

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Untuk menanam sawi ini tidaklah memerlukan kepakaran yang tinggi kerana ia sangat mudah untuk ditanam dan dibesarkan. Yang paling penting adalah pastikan anda menyediakan nutrisi yang cukup agar sawi tadi terus membesar hinggalah boleh dipetik dan dituai. Nak lebih banyak cara tanam? Boleh terus ke cara tanam daun sup. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top