Tanam Daun Sup Paling Mudah | 6 Tips Tanam Semula Daun Sup

Daun sup adalah antara sayur yang dikenali di seluruh dunia kerana rasa dan zatnya yang baik bukan saja dalam masakan bahkan untuk kesihatan. Namun ramai yang tidak tahu bahwa daun sup ini sebenarnya mudah untuk ditanam. Kelebihan apabila menanam sendiri daun sup ini ialah anda akan peroleh daun sup yang lebih segar untuk masakan anda berbanding anda memberi di pasaraya dengan daunnya yang layu dan sudah tua. Di dalam artikel ini membincangkan cara tanam daun sup paling mudah

Biji atau batang akar?

Bagi yang belum mengetahui daun sup boleh ditanam menggunakan 2 cara iaitu melalui biji dan melalui keratan batang akar. Penanaman daun sup yang paling mudah adalah dengan menggunakan keratan batang akar kerana bahagian akarnya telah matang dan hanya perlu ditanam semula sahaja. Berbeza dengan biji kerana anda perlu melakukan proses semaian hingga tumbuh yang mengambil masa beberapa minggu.

Dapatkan pucuk sekali dengan akarnya

Untuk memulakan proses tanam daun sup, perkara yang penting adalah anda perlu mendapatkan daun sup beserta pucuk dan akarnya. Mudah sahaja untuk mendapat pucuk dan akar anda hanya perlu membeli di pasaraya atau kedai sayur, pastikan pilih yang masih mempunyai akar, lagi panjang akar lebih baik.  

Potong daun sup yang sudah dibeli ambil bahagian batang daun dan keatas gunakan seperti biasa, namun  jangan dibuang bahagian batang pucuk dan akar. Kerana batang pucuk dan akar inilah yang boleh ditanam semula. Dapatkan dalam beberapa batang pucuk daun sup, bersihkan dan tanam di dalam media tanah anda. Lakukan siraman secara harian bagi memberi zat mineral kepada akar daun sup.

**penting, elakkan menyiram air dengan kadar yang banyak. Akar akan menjadi rosak dan daun sup akan mati.

Pindah jika daun sup tumbuh dengan banyak.

Lakukan pemangkasan pada dahan yang terlalu banyak pada tempat yang sempit. Daun sup yang tumbuh dengan sihat memerlukan proses pemangkasan kerana pada bahagian akarnya akan tumbuh batang secara serabut. Ini akan mengakibat kan daun sup akan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari yang cukup, makan lakukan proses pemangkasan dengan memotong dan mengasingkan sebahagian akar ke dalam pasu lain.

7 Tips Tanam Semula Daun Sup

Tips #1

Pilih pokok daun sup yang masih mempunyai batang yang keras, elakkan batang yang lembut

Tips #2

Pilih pokok daun sup yang masih mempunyai akar. 

Tips #3

Dalam proses pengakaran semula, rendam air hanya pada akar sahaja, jika air disiram hingga lebih dari bahagian akar, pokok daun sup akan mati. Sama seperti tanah, elakkan tanam terlalu dalam, tanam hanya pada bahagian akar sahaja.

Tips #4

Jika menanam semula dengan menggunakan rendaman air, letak air yang sedikit sahaja, cukup untuk tenggelam kan akar sahaja dan pastikan air tidak kering.

Tips #5

Letak pokok daun sup di kawasan yang teduh, elakkan terkena cahaya matahari secara terus. Biarkan pokok untuk membesar terlebih dahulu. Dalam 2 minggu boleh letak pokok di kawasan yang lebih terbuka.

Tips #6 

Untuk penanaman menggunakan air rendaman, gunakan air yang bersih.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top