cara tanam daun sup

Cara Tanam Daun Sup

Anda pastinya inginkan cara tanam daun sup yang terbaik untuk kebun di halaman rumah anda bukan. Daun sup adalah antara sayuran ulam yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga kerap digunakan di dalam hidangan masakan seperti sup dan untuk perhiasan menu.

Oleh sebab itu, tidak hairan daun sup ini sangat popular dan ramai orang yang mula untuk menanam sendiri pokok daun sup kerana ia lebih jimat dan segar apabila dihidang nanti. Kebanyakkan daun sup yang dijual di hypermarket berada dalam keadaan layu dan tidak segar, oleh sebab itu dengan cara menanam sendiri ini membolehkan anda menuai  daun sup yang lebih “fresh”.

3 Cara Tanam Daun Sup Di Rumah Anda

Bagi yang yang bercadang untuk menanam daun sup sendiri di rumah boleh mencuba 3 kaedah yang dinyatakan ini. Secara umunya, daun sup ini sukar disemai pada awalnya sahaja, selepas pokok mulai tumbuh dan membesar, ia akan mudah tumbuh dan membiak dengan cepat. Nak tahu caranya? Teruskan membaca…

Cara Tanam Daun Sup Dari Benih

Cara yang paling umum adalah dengan menggunakan biji benih sawi. Biji benih sawi ini kami cadangkan anda membeli daripada jenama yang popular seperti Green World kerana ia sangat berkualiti dan percambahan biji benih adalah baik iaitu sekitar 70% hingga 90%. Link benih Green Word di Shopee ada di hujung artikel ini. 

Cara semaian sawi:

  1. Mulakan dengan merendam biji benih sawi ke dalam air suam 10 minit. Bertujuan untuk menghapuskan sebarang fungi dan bakteria jahat.
  2. Sediakan kulit telur dan tanah untuk dijadikan “pasu” daun sup nanti. Kulit telur ini juga berfungsi membekalkan sumber kalsium untuk pertumbuhan batang pucuk sawi. 
  3. Tanam biji benih tadi 1 ke 2 biji untuk satu kulit telur dan spray air setiap hari.
  4. Sementara menunggu pucuk tumbuh, sediakan medium tanah di dalam pasu.
  5. Apabila daun sup tadi sudah besar dan memanjang, boleh pindah ke dalam medium pasu yang lebih besar tadi. 
  6. Basuh dahulu tanah di dalam kulit telur agar akar daun sup tidak putus dan rosak. Rujuk pada gambar
cara tanam daun sup
cara tanam daun sup

Kredit : Norlie_nature

Cara Tanam Daun Sup Guna Akar @ Keratan Batang

Terdapat juga cara untuk menanam daun sup melalui keratan batang, cara ini lebih cepat berbanding biji benih tetapi anda perlu membeli pokok daun sup yang segar terlebih dahulu. Untuk kaedah ini anda boleh melakukan seperti berikut.

Cara-cara:

  1. Beli pokok daun sup yang mempunyai akar dan anak tunas yang masih segar. 
  2. Potong pucuk-pucuk yang kecil @ baru tumbuh
  3. Rendah dahulu selama sehari. **Penting** rendam bahagian akar sahaja. Jika rendaman terlalu atas pokok daun sup akan mati. 
  4. Akar akan menjalar dan tunas baru akan tumbuh, boleh terus tanam ke dalam medium tanah anda. 
  5. Letakkan di tempat redup dan siram setiap hari. 

Tanam Daun Sup Melalui Anak Pucuk Baru Tumbuh

Cara yang terakhir untuk tanam daun sup adalah dengan mengambil pucuk baru yang membiak daripada pucuk asal. Cara ini anda boleh gunakan apabila pokok daun sup anda telah besar dan matang. Semulajadinya pokok daun sup ini akan tumpuh pucuk baru menjalar dari bawah, pucuk baru ini boleh ditanam semula.

Cara-cara:

  1. Perhatikan pada pokok daun sup anda yang matang, akan ada anak pokok yang baru tumbuh.
  2. Cabut anak pokok tadi perlahan-lahan, paling penting pastikan akarnya tidak putus dan rosak
  3. Boleh tanam terus ke dalam tanah dan siram setiap hari. Elakkan merendam di dalam air kerana air sahaja tidak cukup untuk menampung nutrisi anak pokok. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Benih Daun Sup : https://shp.ee/s7xi9rr

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Pokok daun sup adalah tumbuhan yang mudah untuk dibesarkan dan kurang penjagaan, anda boleh besarkan pokok daun sup ini dengan hanya menggunakan tanah biasa sahaja tanpa perlu proses baja yang rumit. 

Anda boleh membeli beberapa stok biji benih berkualiti di Shopee bagi memudahkan anda memperoleh stok pokok daun sup yang berkualiti nanti. Diharap dengan cara ini membantu anda untuk menanam pokok daun sup dengan berjaya. Nak lebih banyak tips? Boleh terus ke slot cara tanam daun kesum semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top