Cara Tanam Daun Kesum

Cara Tanam Daun Kesum

Cara tanam daun kesum di rumah mempunyai beberapa tips yang boleh diamalkan oleh semua orang. Pokok daun kesum ini adalah salah satu daripada pokok ulam yang sangat mudah untuk tumbuh dan dibesarkan. Daunnya mempunyai aroma yang kuat dan sangat sinonim dengan masakan jenis asam pedas orang melayu.

Bagi anda yang gemar akan masakan asam pedas bolehlah mencuba untuk tanam sendiri pokok daun kesum ini. Tidak perlu akan ruang tanah yang besar, sebaliknya anda boleh menanam daun kesum ini di dalam pasu sahaja. Nak tahu rujukan lanjut boleh terus membaca perkongsian yang kami sediakan ini. 

3 Tips Cara Tanam Daun Kesum Jadi Gemuk

Daun kesum boleh ditanam dan tumbuh dengan baik di walaupun di atas tanah dan di dalam air @ hidroponik. Untuk menjadikan daun kesum tumbuh dengan lebat dan gemuk anda boleh lihat beberapa tips yang dikongsikan oleh saudara Faiz Kebun AB Goncang ini. 

Tips Daun Kesum Jadi Gemuk & lebat
  1. Tanah @ medium mestilah berada dalam keadaan lembat kerana daun kesum ini tumbuh di kawasan berair. 
  2. Dicadangkan untuk gunakan media tanaman 100% cocopeat kerana mempunyai tekstur yang mengandungi air.
  3. Gunakan Baja AB untuk memenuhi keperluan nutrisi makro dan mikro daun kesum.

Jika anda mencari alatan-alatan yang dinyatakan di atas anda boleh lihat senarai barang-barang murah di Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. Juga jangan lupa untuk guna voucher percuma Shopee yang turut disediakan di hujung artikel ini.    

Cara Tanam Daun Kesum Dalam Pasu

Bahan yang diperlukan:

  • Baldi air
  • Pasu bunga (boleh letak dalam baldi)
  • Keratan batang daun kesum serta daunnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tanah @ medium ke dalam pasu bunga
  2. Masukkan air ke dalam baldi
  3. Masukkan pasu bunga tadi ke dalam baldi, biarkan pasu tergantung di bahagian atas baldi. 
  4. Cari keratan batang daun kesum yang segar dan masih mempunyai daun yang segar. Buang daun di kawasan hujung batang yang hendak dicucuk tanam. 
  5. Cucuk batang daun kesum tadi ke dalam pasu sedalam 2 ke 3 inci. 
  6. Siram tanah jika terlalu kering dan salin air di dalam baldi tadi jika sudah penuh. Jika boleh gunakan baja AB sebagai ganti air di dalam baldi tadi. 
Cara Tanam Daun Kesum
Cara Tanam Daun Kesum

Kredit : Cik Pooja

Cara Tanam Daun Kesum Dalam Air @ Hidroponik

Bahan yang diperlukan:

  • Bekas jaring
  • Bekas air
  • Keratang batang daun kesum

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam bekas air
  2. Cucuk keratan batang daun kesum ke dalam lubang bekas jaring. Pastikan hujung batang terkena pada air di dalam bekas
  3. Bahagian bawah batang tadi akan mula tumbuh akar dan pokok kesum akan mula tumbuh dan lebat.
  4. Anda boleh gantikan larutan baja AB untuk dijadikan larutan dalam bekas air tadi.
  5. Jika tiada baja Ab, anda boleh gunakan air basuhan beras atau air bancuhan bawang besar turut bagus untuk pertumbuhan akar pokok daun kesum.
Cara Tanam Daun Kesum
Cara Tanam Daun Kesum
Cara Tanam Daun Kesum

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Jika dilihat pada kaedah yang dikongsikan di atas jelas bahawa daun kesum ini adalah jenis ulam yang sangat mudah untuk dibesarkan dan membuahkan hasil yang lebat. Anda hanya perlu tanam di dalam pasu ataupun di dalam bekas sahaja, tidak perlu tanah yang luas dan besar. Anda nak lebih banyak tips tanaman? Boleh terus ke slot cara tanam kunyit. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top