cara tanam taugeh

Cara Tanam Taugeh Paling Mudah

Nak tahu tak cara tanam taugeh mudah dan simple? Anda yang suka makan taugeh pastinya inginkan bekalan taugeh yang segar dan fresh. Kebanyakkan taugeh yang dijual di pasaraya kabanyakkannya dijual dalam keadaan yang layu dan sudah mula buruk. Cara terbaik untuk atasi masalah ini adalah dengan tanam sendiri taugeh di rumah anda.

Bagi yang belum tahu taugeh ini sangat mudah untuk disemai dan tumbuh apabila ditanam dengan sendiri. Malah anda yang tidak mempunyai pengalaman bertanam juga turut boleh menanam taugeh ini dengan berjaya. Taugeh ini anda boleh tuai hanya dalam 3 ke 4 hari sahaja. Nak tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca slot artikel ini.

Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah

Sediakan stok kacang hijau. Boleh beli di pasaraya dan kedai berdekatan. Rendam dahulu kacang hijau selama 24jam.

Selepas 24jam kacang hijau sudah boleh bercambah

cara tanam taugeh

Selepas kacang hijau bercambah, toskan kacang tadi dan alihkan ke bekas yang dilapik dengan tisu basah. 

cara tanam taugeh

Tutup dan simpan di tempat yang gelap, ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan pada kacang hijau.

Jika kelihatan kering, boleh siram air dan goncang untuk kacang hijau kembali lembap.

cara tanam taugeh
cara tanam taugeh

Selepas 3 ke 4 hari taugeh sudah boleh dituai, anda akan dapat stok taugeh yang gemuk dan rangup bila dimakan.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Amat mudah bukan? Anda hanya perlu membeli stok kacang hijau, bekas, dan juga tisu sebagai basahan benih kacang hijau nanti. Yang menariknya untuk menghasilkan taugeh ini anda hanya perlu semai sahaja kacang hijau ini tanpa perlu melalui proses besarkan hingga menjadi pokok. Stok taugeh ini anda boleh letakkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan dapur kemudian hari. 

Kesemua gambar dan info ini adalah kredit kepada pemilik Nora Valo yang telah dikongsikan di dalam sesawang facebook dan telah mendapat lebih ratusan tanda suka dan komen oleh warganet. Hampir kesemua reaksi warganet menunjukkan komen positif berkenaan cara tanam taugeh ini dan bagus untuk dicuba. Jom baca artikel selanjutnya Cara Tanam Sawi. semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top