Cara Tanam Serai

Cara Tanam Serai Dalam Pasu 100% Hidup

Cara tanam serai dalam pasu adalah salah satu cara popular dalam kalangan warganet untuk tanam pokok serai di rumah. Serai adalah sejenis pokok yang sangat mudah tumbuh pada iklim Malaysia. Boleh dikatakan anda hanya perlu cucuk sahaja lebihan serai yang ada di dapur rumah anda di dalam pasu, biarkan selama 3 bulan dan anda boleh menuai hasilnya.

Mungkin anda yang baru kali pertama ingin mencuba menanam serai ini bolehlah merujuk slot ini agar lebih yakin dan jelas sebelum menanam sendiri. Disini kami kongsikan cara yang boleh dilakukan untuk cepatkan proses pertumbuhan tunas dan meningkatkan peratus pokok serai tumbuh nanti. 

Cara Tanam Serai Dalam Pasu 

Untuk meningkatkan peratus pokok tumbuh hingga besar dan sihat, anda mestilah terlebih dahulu melakukan semai untuk percambahan tunas. Untuk proses semaian serai ini tidak memerlukan banyak alatan, cukup dengan hanya bekas dan serai sahaja. Caranya anda boleh lihat seperti di bawah:

Cara tanam serai:

  1. Sediakan beberapa batang serai yang sihat dan segar, potong bahagian bawahnya sahaja. Bahagian atas boleh buat masak.
  2. Sediakan bekas, letak potongan bawah serai tadi ke dalam bekas dan tuang air sedikit agar mengenai bahagian pangkal akar batang serai.
  3. Biarkan selama 2 ke 3 hari, anda boleh perhatikan anak tunas/pucuk serai akan tumbuh. Proses ini penting untuk memastikan pokok betul-betul tumbuh tunas sebelum ditanam ke dalam pasu.
  4. Selepas anak tunas mula tumbuh, boleh terus tanam ke dalam media tanah dalam pasu. Pastikan pucuk tidak tenggelam ke dalam tanah.

**Pokok serai sangat tahan lasak dan mudah tumbuh walaupun tanpa menjagaan, namun begitu pastikan anda melakukan siraman air untuk memastikan nutrisi sentiasa cukup untuk pertumbuhan yang cepat.  

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Tidak ada yang sukar dalam tanaman pokok serai di rumah anda sendiri, yang paling penting anda perlu sabar dalam menunggu serai untuk mulai membesar dan sedia untuk dituai. Setelah beberapa bulan, serai tadi anda hanya perlu potong dan tinggalkan bahagian akarya sahaja. Pucuk baru akan terus tumbuh dan menebal di dalam pasu tanaman anda, jadi anda akan memperoleh stok serai percuma selama-lamanya. Jom baca artikel seterusnya cara tanam cili

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version