cara tanam sawi dalam pasu

Cara Tanam Sawi Dalam Pasu

Cara tanam sawi dalam pasu adalah antara kaedah tanam sawi yang paling sesuai bagi anda yang mempunyai kawasan tanah yang terhad atau tinggal di kawasan perumahan dan rumah flat. Malah dengan cara dan teknik tanaman sawi yang betul anda boleh menghasilkan stok sawi yang banyak hanya dengan menggunakan pasu.

Sawi adalah sayuran yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain lazat dan berkhasiat, sawi juga adalah tumbuhan sayur yang sangat mudah untuk ditanam sendiri. Bagi anda yang gemar akan masakan berasaskan sawi ini adalah bagus jika mencuba untuk tanam sendiri sawi untuk stok dapur anda sepanjang tahun. Disini kami kongsikan satu kaedah tanam sawi dalam dalam pasu untuk rujukan anda.

Cara Tanam Sawi Dalam Pasu Di Rumah

Tanaman sawi ini tidaklah sukar jika anda mempunyai info dan tips yang betul, ia sangat mudah untuk disemai dan dibesarkan. Terdapat satu cara tanam sawi di rumah yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah di laman sesawang facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian. 

Teknik yang dipanggil nutripot ini adalah yang paling sesuai dan terbaik untuk tanam sendiri di rumah. Kelebihan teknik nutripot ini adalah seperti berikut:

  • Air siraman bersama dengan baja
  • Siraman sawi dibuat seminggu sekali sahaja
  • Jimat masa, ruang dan tenaga

Walaupun siraman air dilakukan 1 ke 2 kali sahaja seminggu, pokok sawi ini akan kekal membesar dan sihat kerana memperoleh baja yang cukup. Nak tahu lebih terpeinci boleh teruskan membaca entry ini hingga habis. Jika anda ingin membeli barangan kebun boleh dapatkan voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Pasu
  • Tong yang boleh muatkan pasu
  • Span
  • Media cocopeat
  • Baja AB
cara tanam sawi dalam pasu

Sediakan tong yang boleh dimuatkan pasu di dalamnya. Kalau boleh carikan yang ½ pasu boleh masuk ke dalam tong.

Buat lubang pada tong sebagai water outlet jika paras air telebih nanti, pastikan ia dibawah paras bawah bunga.

Sediakan span yang dipotong memanjang mengikut ketinggian pasu di dalam tong. Masukkan span tadi ke dalam lubang bawah pasu 

Masukkan media cocopeat ke dalam pasu, sekitar ¾ pasu

cara tanam sawi dalam pasu

Boleh cucuk anak benih sawi yang telah disemai selama 2 minggu. Satu pasu boleh letak 3 ke 4 anak pokok sawi

cara tanam sawi dalam pasu

**Penting. Untuk sawi membesar dengan baik, anda mesti lakukan siraman dengan baca AB seperti berikut:

Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 

Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 

Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 

Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5

**Siram hingga air sampai ke paras lubang water outlet

cara tanam sawi dalam pasu

Pokok sawi berusi 35hari siap dituai. Dengan cara ini anda boleh dapatkan 500g sawi untuk sebiji pasu.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Dengan majunya teknologi menanam sayuran kini menjadikan anda yang mempunyai kawasan tanah yang terhad juga masih boleh menanam sendiri dengan cara tanam dalam pasu dan dalam bekas. Malahan dengan teknik pembajaan yang terkini turut meringankan beban masa dan tenaga anda dengan memendekkan tempoh siraman secara mingguan. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda yang ingin mencuba untuk tanam sendiri sawi di rumah. Jom baca artikel terbaru cara tanam taugeh. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top