Cara Tanam Halia

Cara Tanam Halia Mudah & Cepat

Anda mencari cara tanam halia untuk tanam di kawasan rumah anda? Halia adalah sejenis bahan yang digunakan di dalam masakan yang mempunyai banyak khasiat untuk keperluan tubuh manusia. Kerap kali ia sinonim dengan kebaikan untuk meredakan masalah angin di dalam badan dengan mengamalkan minuman yang diperah campuran halia.

Oleh demikian adalah lebih baik jika anda mula untuk menanam sendiri tanaman halia ini di kawasan rumah anda. Dengan ini bukan sahaja lebih jimat malah anda juga memperoleh stok halia yang segar sepanjang tahun. Nak tahu bagaimana asas untuk tanam halia? Boleh teruskan membaca slot artikel ini hingga habis.

Asas Cara Tanam Halia Dengan Mudah

Seperti juga cara tanam kunyit, halia adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh dan tahan lasak. Anda hanya perlu dapatkan beberapa ulas halia dan tanam sahaja di dalam tanah, dalam masa beberapa minggu pucuk pokok halis akan muncul. 

Namun begitu, adalah lebih baik jika anda cuba untuk semai terlebih dahulu agar setiap ulas halia yang ditanam bercambah dengan baik sebelum mengalihkan ke dalam pasu, polybag, mahupun atas tanah. Beriktu adalah cara asas semaian untuk tanaman halia..

Cara semai halia:

  1. Dapatkan halia yang telah tumbuh tunas, potong dan guna bahagian tunas sahaja. Tujuannya adalah untuk elakkan bahagian halia yang lain membusuk dan berkulat semasa semaian nanti.
  2. Untuk cepatkan pertumbuhan akar, boleh gunakan penggalak akar semulajadi iaitu bawang merah.
  3. Potong halus-halus bawang merah untuk dimasukkan bersama semaian nanti. 
  4. Sediakan bekas yang dialas bersama surat khabar yang lembap.
  5. Letakkan halia bertunas tadi di atas surat khabar, spray untuk memberi kelembapan pada halia.
  6. Taburkan hirisan bawang merah tadi disekeliling halia.
  7. Tutup halia tadi dengan kain tisu basah. Kemudian tutup bekas agar terlindung daripada matahari.
  8. Dalam fasa semaian kelembapan yang cukup adalah penting untuk peetumbuhan akar dan tunas halia.
  9. Dalam masa 2 minggu halia akan tumbuh tunas dan berakar, boleh pindah ke dalam pasu, polybag, mahupun tanam di atas tanah.

Kredit Nur Nurul
Rujukan bergambar ada di bawah

Cara Tanam Halia
Cara Tanam Halia
Cara Tanam Halia

Ambil bahagina tunas sahaja

Cara Tanam Halia
Cara Tanam Halia

Taburkan hirisan bawang sebagai penggalak akar

Tutup dengan tisu basah dan tutup sepenuh bekas

Selepas 2 minggu halia akan mulai berakar dan sedia untuk dipindahkan.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Jika diperhatikan dari segi cara semaian halia ini tidaklah jauh berbeza dengan cara semaian untuk tanaman kunyit hidup. Pokok halia ini akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 bulan untuk matang dan boleh dituai. 

Bagi anda yang mempunyai tanah yang terhad anda tidak perlu risau kerana halia juga boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu dan polybag dengan syarat anda perlu menyediakan pasu yang bersaiz besar dan luas. Baca juga artikel cara tanam sawi dalam pasu. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top