cara tanam cili

Cara Tanam Cili Padi Mudah

Terdapat beberapa cara tanam cili yang boleh dilakukan jika anda bercadang untuk menanam sendiri di rumah. Antaranya adalah dengan tanam atas tanah dan dalam pasu serta tanaman secara fertigasi. Dengan wujudnya teknologi cara menanam di dalam pasu menjadikan pokok cili sudah mula ditanam oleh penduduk Malaysia.

Secara umunya pokok cili ini tidaklah sukar untuk ditanam, anda boleh menggunakan biji benih daripada cili yang dibeli untuk tanam semula dan menghasilkan cili sepanjang tahun untuk kegunaan dapur rumah anda. Jika anda mempunyai ruang yang terhad, maka cara tanaman dalam pasu adalah yang terbaik untuk anda.

Tips Cara Tanam Cili Terbaik

Jika anda ingin serius dalam menanam pokok cili untuk hasil yang lumayan, anda perlu mengambil kira beberapa perkara agar pokok cili yang ditanam menghasilkan cili dengan banyak dan sihat. Berikut adalah beberapa tips tanam cili yang anda boleh ambil tahu.

Tips tanam cili:

  1. Pilih kawasan yang mempunyai cahaya yang matahari yang terang, tempat yang redup akan menyebabkan pokok cili tinggi dan menghasilkan cili bersaiz kecil.
  2. Media tanah terbaik untuk tanaman cili adalah campuran tanah merah, tanah hitam, dan pasir.
  3. Jika ditanam di dalam pasu, letakkan kayu pancang untuk mengelakkan pokok tumbang. 
  4. Baja terbaik adalah baja organik seperti tahi ayam dan kambing.

Selain tanam atas tanah dan dalam pasu, kini terdapat cara popular iaitu menanam cili secara fertigasi mula menampakan hasil di Malaysia. Jika anda mencari barang-barang untuk tujuan semaian benih cili, tanah, baja dan lain-lain, terdapat beberapa link rujukan ke kedai Shopee untuk anda di hujung artikel ini. Janga lupa untuk guna voucher percuma Shopee di hujung artikel ini ya.

Cara Semai Biji Benih Cili

Fasa pertama yang anda perlu tahu dan lakukan dalam menanam cili adalah cara semai biji benih cili. Fasa pertama ini adalah yang paling penting kerana jika anda gagal, maka jumlah pokok yang terhasil adalah sedikit sahaja. 

Tidak kiralah jika anda bercadang untuk menanam cili di atas tanah, didalam pasu/polybag, mahupun secara fertigasi, anda terlebih dahulu perlu pakar dalam semaian untuk pertumbuhan yang maksima. Berikut kami sertakan langkah demi langkah yang anda perlu lakukan untuk semaian cili yang terbaik.

Langkah semaian benih cili:

  1. Rendam biji benih cili ke dalam air semalaman. Ini bertujuan untuk melembutkan selaput luaran benih cili.
  2. Selepas semalaman, tapis dan keringkan biji benih tadi menggunakan tisu. Pastikan betul-betul kering sebelum proses seterusnya. Benih yang basah berisiko untuk pertumbuhan kulat.
  3. Sediakan seeding tray (link Shopee di hujung artikel ini) isikan media peatmoss pada seeding tray sehingga padat.
  4. Gunakan batang kayu atau jari, cucuk ke dalam seeding tray untuk membuat lubang. 
  5. Boleh tanam benih cili yang telah dikeringkan tadi ke dalam seeding tray. Sembur dengan semburan air yang halus.
  6. Alas bahagian atas dengan surat kabar dan bungkus seeding tray tadi ke dalam plastik hitam. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan pada media pearmoss. 
cara tanam cili
cara tanam cili
cara tanam cili
cara tanam cili

Kredit : Cilibangi

Bili benih dibiarkan selama 5 ke 7 hari di dalam seeding tray tadi. Letakkan di tempat yang redup dan jauh daripada sinaran matahari. Dari semasa ke semasa boleh tengok jika benih mula bercambah.

Jika anak pokok mulai bercambah, boleh keluarkan daripada plastik hitam tadi dan biarkan pucuk pokok cili tadi di tempat terkena cahaya matahari. *Penting, pada ketika ini pastikan anda siram air yang cukup untuk mengelakkan media kering.  

Jika anda berjaya pada fasa semaian biji benih ini maka anda boleh teruskan ke fasa seterus samada menanam pokok cili ini di atas tanam, dalam pasu atau polybag, mahupun secara fertigasi.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

Akhir Kata

Bagi anda yang gemarkan masakan yang menggunakan cili anda pastinya boleh cuba untuk menanam sendiri pokok cili ini untuk kegunaan dapur anda. Dengan kemudahan untuk mendapatkan peralatan seperti pasu, polybag, dan seeding tray sekarang memudahkan anda untuk membina kebun mini di rumah anda anda sendiri. Bagi anda yang berminat, boleh menekan link shopee yang dinyatakan di atas untuk terus ke laman penjual ya. Anda peminat daun bawang? Boleh layari slot cara tanam daun bawang. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top