Table of Contents
Nak tahu cara tanam daun bawang yang betul dan terbaik? Bagi anda yang gemar memasak masakan jenis sup atau maggi pastinya lazat apabila dicampur bersama hirisan daun bawang ini. Malah daun bawang ini juga boleh dijadikan bahan untuk tumisan menggantikan bawang merah.
Disebabkan penggunaannya yang popular di dalam masakan terutamanya aromanya yang wangi, maka tidak hairan kini semakin ramai yang mencuba untuk menanam sendiri daun bawang ini di rumah untuk stok dapur. Di dalam slot kali ini kami kongsikan tips dan info untuk menanam daun bawang di rumah.
Cara Tanam Daun Bawang Mudah & Cepat
Setiap tanaman memerlukan cara yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Seperti daun bawang ini mempunyai cara tersendiri agar bawang boleh menghasilkan daun yang besar, segar, dan lebat. Oleh demikian disini kami kongsikan beberapa tips dan cara betul untuk menanam bawang agar memperoleh hasil daun bawang yang banyak dan lebat.
Cara tanam daun bawang:
- Sediakan beberapa bawang merah dahulu, *Penting untuk mendapatkan daun bawang yang bagus, potong sedikit bahagian atas bawang sahaja. Cara ini akan meransang pertumbuhan pucuk dan menghasilkan daun bawang.
- Boleh letak sahaja bawang tadi ke dalam media tanah, dalam polybag, atau dalam pasu. Tanam ¾ sahaja dalam tanah, selepas tumbuh pucuk barulah timbus permukaan atas tadi.
- Media terbaik untuk tanaman daun bawang adalah 2:1 pasir dan tanah.
- Pembajaan hanya pada peringkat awal sahaja. Boleh campurkan sekali bersama media.
- Untuk pertumbuhan yang baik bawang memerlukan panas @ cahaya matahari yang banyak. Kurangkan menyiram kerana bawang boleh mati.
**Boleh rujuk gambar untuk lebih jelas, jangan lupa juga untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.
Tanaman bawang ini sama seperti tanaman serai yang mana tidak memerlukan penjagaan, air, dan baja yang banyak. Guna bawang yang mempunyai akar sahaja, bawang yang tiada akar tidak tumbuh dan akan rosak. Biarkan bawang tadi sehingga umur matang untuk dituai iaitu sekitar 2 bulan.
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C
Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9
Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9
Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69
Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr
Polybag : https://shp.ee/bnu94fr
Akhir Kata
Bagi anda yang kali pertama mencuba untuk menanam daun bawang ini bolehlah cuba untuk mendapatkan alatan yang perlu di Shopee dengan harga yang murah sahaja. Jika anda tidak mempunyai ruang atau tanah yang luas untuk tanaman daun bawang ini, anda boleh cuba untuk menanam di dalam bekas seperti polybag dan pasu juga boleh menghasilkan daun bawang yang sempurna. Dengan adanya kebun mini di rumah sendiri ini juga membolehkan anda mendapatkan stok daun bawang segar percuma sepanjang tahun! Jom belajar cara tanam bayam brazil pula. Semoga bermanfaat!