Ikan belut

Ikan Belut | Perbezaan Belut Jantan Dan Belut Betina

Ikan belut 

Ikan belut adalah jenis haiwan air tawar yang biasa didapati di kawasan sekitar asia tenggara. Ia juga biasa digelar sebagai asian swamp eel dalam kalangan orang eropah. Disebabkan khasiat belut yang baik untuk kesihatan, belut ini menjadi hidangan makanan yang dimakan di seluruh dunia. Maka lahirlah pengusaha-pengusaha yang cuba untuk mengkomersilkan belut ini bagi memenuhi permintaan.

Belut ini adalah sejenis ikan yang ada di kawasan asia terutamanya di kawasan asia tenggara.  Habitat asal belut adalah di kawasan paya, lumpur, parit, tasik, takungan air atau kolam tanah. Terdapat 2 jenis ikan belut yang biasa ditemui, malah 2 jenis ini juga adalah antara yang dikomersilkan.

  1. Belut sawah (monoprerus albus) 
  2. Belut rawa (synbrancus bengalensis)

Makanan belut apa?

Belut ini adalah tergolong dalam haiwan pemangsa si habitat asal, ini kerana Belut ini adalah haiwan karnivor yang memakan haiwan-haiwan air yang lain. Maka bagi menjawab persoalan makanan belut apa adalah ikan belut memerlukan makanan yang mengandungi protein yang tinggi.

Pemilihan induk ikan belut

Untuk memastikan hasil benih Belut adalah berkualiti, maka peternak haruslah membuat pemilihan induk terlebih dahulu agar genetik yang diperoleh adalah terbaik.

Terdapat 2 cara yang biasa digunakan untuk memperoleh induk yang bagus

  1. Benih belut hasil dari kacukan belut rawa dan belut sawah
  2. Benih belut hasil dari tangkapan semulajadi menggunakan bubu. Jangan guna induk hasil tangkapan dari elektrik atau memancing, ini akan mencacatkan induk belut

Ciri-ciri induk ikan belut yang baik untuk dijadikan induk

  1. Anggota tubuh badan masih sihat, tidak cacat, segar dan tiada bekas luka gigitan
  2. Pergerakan aktif dan sihat. Belut yang baik akan mengeras ketika dipegang
  3. Mempunyai cecair lendir yang baik/banyak
  4. Tubuh tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, warna kuning jika boleh
  5. Berumur 2 ke 4 bulan

beza ikan belut jantan dan betina

Harus diingat belut mempunyai kelamin yang berubah atau dikenali sebagai hermaprodit. Kelamin jenis ini akan mengalami proses ganti kelamin dari betina ke jantan dalam temph masa tertentu. 

Semua belut muda adalah berkelamin betina dan belut yang sudah tua adalah belut jantan. Maka disebabkan itu, belut ini akan bersifat kanibal apabila tiba masanya. Jadi peternak harus tahu waktu bila untuk mengasing induk dan biji telur bagi mengelakkan dimakan induknya sendiri. 

Perbezaan belut jantan dan betina adalah seperti berikut

Ciri induk belut jantan

Ciri induk belut betina

Anda boleh dapatkan produk pertanian dengan harga murah di shopee mall. tekan link shopee di bawah: https://shp.ee/q9vh248

Akhir kata

Ikan belut adalah haiwan yang berpotensi untuk diusahakan secara komersel. Dalam proses pembiakan belut harus menitik beratkan genetik induk belut agar hasil benih belut yang diperoleh adalah terbaik untuk memenuhi pasaran dalam dan luar negara.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top