ternak belut dalam tangki

Ternak Belut Dalam Tangki Menggunakan Air Bersih & Air Jernih

Habitat asal belut

Belut secara semuladinya adalah haiwan yang hidup di dalam air dan lumpur. Belut akan menghabiskan masanya berada di dalam sarang yang dibuat di dalam lumpur. Oleh sebab itu tidak hairan kenapa belut banyak dijumpai di kawasan sawah padi atau di kawasan pinggir takungan air. Dalam artikel ini membincangkan cara ternak belut dalam tangki air bersih atau dalam air jernih

Ternak belut dalam tangki air Jernih

Ternak belut dalam tangki air bersih ini adalah bermaksud anda harus membiakkan induk di dalam media lumpur buatan dahulu, selepas belut bertelur, telur-telur tersebut dikutip dan dimasukkan ke dalam hatcheri untuk proses tetasan. Benih belut yang menetas boleh dibesarkan di dalam air bersih hingga besar. 

Untuk menternak belut, penternak harus dahulu mahir di dalam membiak benih belut untuk stok produksi yang konsisten. Untuk membiak belut ini peternak harus menyediakan kolam-kolam yang diperlukan dengan fungsi masing-masing.

Jenis-jenis kolam untuk ternakan belut

  1. Kolam tumbesaran,
    untuk membesarkan benih belut, biasanya 4 bulan sudah boleh dituai
  2. Kolam kawin induk,
    Untuk induk belut jantan dan betina bersenyawa
  3. Kolam kuarantin belut sakit, Untuk belut yang sakit
  4. Kolam persediaaan induk kawin, Untuk induk belut sebelum dikawinkan

Dalam artikel ini, fokus dahulu kepada kolam kawin induk terutamanya dalam membuat media buatan untuk kolam kawin induk.

Media lumpur buatan untuk ternak belut dalam tangki air jernih

Dalam proses membiak belut, langkah yang paling sukar dan berisiko adalah untuk mengkawinkan induk belut jantan dan betina. Ini kerana penternak perlu untuk menyediakan media lumpur buatan untuk induk belut hidup seperti habitat semulajadi. 

Bagi kebanyakan peternak baru, bahagian inilah yang paling banyak yang mengalami kegagalan disebabkan media lumpur buatan tidak menjadi. Media ini akan dicampur ke dalam kolam kawin induk belut

Media buatan biasanya menggunakan tanah sawah dan tanah kebun yang dicampur dengan bahan-bahan seperti bahan buangan ayam, kambing, atau lembu, kompos, jerami padi, batang pisang yang telah dicincang, baja NPK, atau EM4.

2 fungsi media ini adalah:

  • Sebagai sarang untuk belut berkawin
  • Sebagai makanan semulajadi belut

Campuran media buatan yang dicadangkan

  1. Lapisan pertama jerami 40cm
  2. Atas jerami masukkan kompos dan NPK sebanyak 5kg
  3. Kemudian masukkan tanah atau lumpur 5cm
  4. Masukkan bahan buangan ayam basah atau kering setinggi 5cm
  5. Taburkan EM4 secara merata
  6. Kemudian masukkan tanah atau lumpur sekali lagi
  7. Masukkan batang pisang yang telah dicincang
  8. Terakhir, masukkan tanah atau lumpur 15cm

Setelah semua selesai dicampur, masukkan air secukupnya, jika dalam beberapa hari kelihatan air kering, masukkan lagi air hingga cukup kerana media masih dalam proses fermentasi 

**step ini adalah cadangan yang diperlukan, anda boleh mengubahsuai bahan dan kuantiti berdasarkan keadaan semasa

Tanda media sudah matang

Bagi memastikan media buatan bersedia untuk digunakan anda harus terlebih dahulu memeriksa keadaan media. Cara memeriksa media yang boleh digunakan ialah dengan mencucuk batang kayu ke dalam media, tarik keluar berlahan-lahan. Apabila terdapat gelembung udara yang tidak berbau dan airnya jernih, maka media sudah boleh digunakan. Namun, sebelum itu alirkan air 3 ke 4 hari bagi menghilangkan lagi racun dan bendasing kimia yang berbaki di dalam air.

Bentukan media seperti batas di dalam kolam kawin induk

Untuk memastikan induk belut selesa apabila berada di dalam kolam kawin, peternak harus menyediakan “rumah” kepada induk belut. Media di dalam kolam kawin hendaklah dibentuk seperti batas kebun bagi memudahkan belut bersarang. Rumah belut ini penting dalam proses ternak belut dalam tangki air bersih. 

Ini kerana belut akan bersarang di bahagian tepi bawah kolam, maka anda harus membentuk kolam kawin. Dicadangkan juga anda menggunakan paip sebagai ‘rumah’ belut, paip ini diletakkan di bahagian bawah kolam dan mempunyai saluran kiri dan kanan. 

Kebiasaanya, belut akan bertelur di kawasan lubang permukaan media atau di sekitar tepi batas yang dibuat. Ini akan memudahkan peternak untuk mengutip telur-telur belut untuk ditetas di secara manual.

Anda boleh dapatkan produk pertanian dengan harga murah di shopee mall. tekan link shopee di bawah: https://shp.ee/q9vh248

Akhir kata

Dalam ternakan ikan belut kemahiran membuat media buatan adalah sangat penting bagi memastikan induk belut berada seperti dalam habitat asal belut. Kolam kahwin ini juga boleh mengatasi iklim bagi membolehkan belut bertelur dan menghasilkan produksi yang berterusan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top