khasiat belut

Khasiat Belut Yang Ramai Orang Perlu Tahu

Belut adalah haiwan air tawar yang boleh didapati di Asian Tenggara termasuk malaysia, Indonesia, dan Thailand. Tekstur luaran ikan belut yang berlendir dan sedikit hanyir menyebabkan ada diantara orang yang tidak menggemarinya. Namun tahukah anda bahaya khasiat belut adalah sangat baik untuk manusia.   

Dalam artikel ini membincangkan khasiat belut yang bagus untuk manusia.

Jenis-jenis belut

Mungkin ramai tidak tahu bahawa belut di Asia tenggara mempunyai beberapa jenis belut, namun terdapat 2 jenis belut yang biasa digunakan sebagai baka untuk diternak iaitu

  1. Belut sawah padi (Monopterus albus)
  2. Belut rawa (Simbrankus bengalesis)

Kedua-dua jenis belut ini mempunyai persamaan dari segi mudah untuk didapati dan yang paling penting mempunyai kadar produktiviti yang bagus untuk dikomersel seperti ternak belut dalam tangki air jernih. 

Pada awalnya belut hanyalah haiwan yang dimasak dan dimakan oleh masyarakat kampung, namun setelah perkembangan permintaan yang semakin tinggi menjadikan hidangan belut antara hidangan yang yang digemari di gerai-gerai mahupun di hotel-hotel terkemuka di seluruh dunia.

Belut sumber protein

Tambahan, kajian juga mendapat bahawa khasiat belut yang kaya dengan protein juga menjadi salah satu sebab ramai yang meminati masakan berasaskan belut. Disebabkan khasiat belut yang baik untuk kesihatan, pasaran eksport belut sawah kini telah mencapai ke seluruh dunia. Antara negara-negara yang inginkan khasiat belut ini seperti Jepun, Hong Kong, China, Taiwan, Korea, dan juga Eropah. 

Belut yang dieksport tidak semestinya dalam bentuk belut hidup, namun ada juga negara yang mempunyai permintaan tinggi dalam bentuk produk belut yang diproses seperti fillet belut beku (frozen) dan belut salai (smoke eel).

Khasiat belut yang paling utama ialah kandungan protein dan kalori (tenaga) yang tinggi berbanding telur. Tambahan, yang membezakan belut dan telur adalah rasanya yang enak dimasak dalam semua jenis hidangan, maka tidak salah jika anda memilih untuk menukar masakan anda kepada hidangan belut. Selain itu belut juga kaya dengan vitamin yang baik untuk organ badan seperti kulit manusia. 

Khasiat belut untuk kesihatan manusia

  1. Belut mempunyai beberapa jenis vitamin yang bagus untuk mengimbangi bacaan pH, membaiki pencernaan, metabolisma badan, dan membantu untuk penyerapan nutrisi dalam makanan. 
  2. Membantu kurangkan sakit senggugut pada wanita 
  3. Mengurangkan kedutan pada kulit dan membantu kulit untuk lebih sihat
  4. Membantu memperlahankan pertumbuhan tumor
  5. Mengurangkan risiko kanser (terutamanya kanser payudara)
  6. Membaiki peredaran darah dalam otak, membaiki daya ingatan

Berikut adalah khasiat belut yang dikenali boleh membantu kesihatan manusia. Sebab itu tidak hairan kenapa negara-negara seperti jepun dan negara eropah sangat gemar memakan hidangan belut yang banyak khasiat.

Disebabkan permintaan dari segi nutrisi belut yang tinggi, maka tidak hairan kenapa ramai pengusaha yang cuba untuk menternak belit secara komersil. Malah kini sudah terdapat banyak perusahaan-perusahaan yang masih giat dalam membekalkan bekalan belut borong untuk memenuhi pemintaan pasaran sediada.

Anda boleh dapatkan produk pertanian dengan harga murah di shopee mall. tekan link shopee di bawah: https://shp.ee/q9vh248

Akhir kata

Ikan belut yang memiliki banyak nutrisi yang baik untuk keperluan manusia menjadikan sektor ternakan belut ini antara yang menarik untuk diusahakan. Untuk ternak belut dalam tangki memerlukan ilmu dan skil pembiakan yang baik bagi memastikan stok belut terhasil secara konsisten untuk memenuhi pasaran sediada. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version