Pengalaman sebagai Pembantu Pegawai Veterinar (AVO) di Leong Hup Poultry Farm

Assalamualaikum, untuk posting kali ini sy ingin kongsikan pengalaman saya yang pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Pegawai [email protected] Assistance Veterinary Officer (AVO). Untuk pengetahuan, jawatan AVO ini adalah salah satu antara cabang kerjaya selepas tamat pengajian dalam bidang Diploma Kesihatan Haiwan & Peternakan UPM.

Pada bulan 11/2011, alhamdulilah saya mula interview di leong hup poultry farm di muar johor, dan mula masuk [email protected] lapur diri 2 minggu kemudian. Untuk pengetahuan juga Leong Hup ini adalah syarikat ternakan ayam baka pedaging terbesar di Malaysia, Berpusat di Muar Johor, dan terdapat beberapa cawangan di utara dan pantai timur. Saya ditugaskan sebagai AVO di bahagian Perak.

Selepas melapur diri di muar, saya perlu menjalani training di ladang muar dahulu selama 2 bulan, sepanjang training sy di bawah Dr. Khoo, salah seoarang Vet di Leung Hup. Alhamdulilah selepas training 2 bulan di Muar, saya mula ditugaskan & dihantar ke Perak. di Perak terdapat 4 ladang ayam baka daging yang terdapat di Teluk Intan, Bidor, Tapah & Kampar.

Mungkin ada yang bertanya apa itu Ayam Baka Pedaging? Ayam baka pedaging ni adalah ayam yang diternak untuk menghasilkan anak ayam daging dan ayam daging inilah yang dijual sebagai ayam potong. Jadi anak-anak ayam ini dibesarkan untuk bertelur sebagai baka, kemudian telur akan di hantar ke hatchery untuk ditetas sebagai anak ayam daging.

Contoh Ladang Ayam Baka Pedaging

Di 4 ladang inilah sayang bekerja selama 4 tahun. Bagi saya keseluruhan skop kerja sebagai AVO ini terbahagi kepada 2 perkara:

  1. Program Vaksin Ayam Baka Daging
  2. Program Biosekuriti Ladang

Program Vaksin Ayam Baka Daging
Ini adalah skop kerja utama seorang AVO, bahkan inilah kerja harian kerana pemvaksinan dilakukan hampir setiap hari di ladang. Setiap ladang terdapat antara 9 hingga 13 buah rumah ayam, setiap rumah ayam terdapat sekurang- kurangnya 10000 ekor ayam dan yang paling banyak 15000 ekor bergantung kepada saiz dan panjang rumah ayam masing-masing.

Saya (Baju & seluar putih) bersama team vaksin

Program pemvaksinan dilakukan dari umur ayam 2 hari hingga 20 minggu. Disebabkan bilangan ayam yang banyak dalam sesebuah rumah ayam dan berlainan umur, program vaksin perlu diatur dengan kemas untuk mengelakkan sebarang masalah dalam pemvaksinan, malah jadual bulanan vaksin perlu disiapkan 3 bulan awal. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemvaksinan ialah cara/method vaksin, terdapat 4 cara pemvaksinan.

  1. intra muscle (suntikan dalam daging)
  2. intra ocular (titis dalam saluran mata)
  3. intra nasal (titis dalam saluran nasal)
  4. subcutaneous injection (suntikan bawah kulit)

Setiap suntikan [email protected] kesesuaian kepada umur ayam.

Program Biosekuriti Ladang
Program biosekuriti ladang ini skop kedua kerja seorang AVO. biosekuriti ladang ini sangat penting terutamanya apabila terdapat ternakan ayam diternak dalam skala yang besar. Ini disebabkan jika sebarang wabak wujud di ladang risiko kematian adalah sangat tinggi dan besar. oleh itu tugas seorang AVO adalah untuk memastikan setiap pekerja ladang mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan veterinar Malaysia.

Berapa gaji seorang AVO?
Mungkin ramai yang membaca posting ini adalah mereka yang ingin atau bakal bekerja sebagai AVO ya? baik di sini saya kongsikan berapa gaji yang dibayar kepada seorang AVO. Untuk permulaan kerja dengan kelayakan sijil diploma saya dibayar sejumlah RM1800 basic. dan selepas 4 bulan kerja saya peroleh status tetap (permanent) dan dinaikkan gaji. Gaji terakhir sebelum saya berhenti kerja ialah RM2400 sebulan.

Kesimpulan
Sejujurnya bagi saya bersyukur diberi rezeki bekerja sebagai AVO dan mejadi salah satu bahagian dalam syarikat besar. Banyak pengalaman diperoleh sepanjang kerjaya sebagai AVO, jadi untuk lepasan baru diploma yang bidang seangkatan, boleh mulakan kerja sebagai AVO.

Jika ada pembaca yang ingin mencari kerja sebagai AVO boleh hubungi saya inshaALLah saya bantu. Sekian terima kasih

error: Content is protected !!
Scroll to Top