Table of Contents
Industri lembu tenusu adalah antara industri yang kian mendapat tempat di Malaysia. Sambutan yang baik dari pengguna produk-produk tenusu menjadikan sektor tenusu antara sektor yang giat diusahakan. Tambahan pula dengan teknologi pengurusan lembu tenusu yang baik boleh menghasilkan baka lembu tenusu yang boleh hidup di iklan malaysia. Ini antara penemuan bernilai kerana dahulu kala ternakan lembu susu hanya dijalankan di negara iklim sejuk.
Di dalam artikel ini membincangkan 6 baka lembu tenusu di malaysia.Baka lembu – lembu ini adalah jenis yang sesuai diternak di kawasan iklim tropika termasuklah iklim di Malaysia.
Lembu Tenusu Baka: Holstein Frisien
- Kumpulan tenusu: Baka Bersaiz Besar
- Ciri-ciri fizikal: Warna tompok hitam dan putih
- Pengeluaran susu :
Pengeluaran selaktasi: 9,830 liter
Peratus lemak: 3.7 %
Peratus protin: 3.2 %
Lembu Tenusu Baka: Brown Swiss
- Kumpulan tenusu: Baka bersaiz besar
- Ciri-ciri fizikal: Warna perang muda
- Pengeluaran susu:
Pengeluaran selaktasi: 8.360 liter
Peratus lemak: 4.00 %
Peratus protin: 3.50 %
Lembu Tenusu Baka: Guernsey
- Kumpulan Tenusu: Baka bersaiz sederhana
- Ciri-ciri fizikal: Warna perang dan putih
- Pengeluaran susu :
Pengeluaran selaktasi: 6,820 liter
Peratus lemak: 4.50
Peratus protin: 3.50%
Lembu Tenusu Baka: Aryshire
- Kumpulan Tenusu: Baka bersaiz sederhana
- Ciri-ciri fizikal: Warna tompok perang dan putih
- Pengeluaran susu :
Pengeluaran selaktasi: 7,560 liter
Peratus lemak: 4.0%
Peratus protin: 3.4%
Lembu Tenusu Baka: Jersey
- Kumpulan: Baka bersaiz kecil
- Ciri-ciri fizikal: Warna kelabu
- Pengeluaran susu :
Pengeluaran selaktasi: 6,435 liter
Peratus lemak: 4.8%
Peratus protin: 3.8%
Lembu Tenusu Baka: Jersey Frisien
- Kumpulan: Baka bersaiz kecil
- Ciri-ciri fizikal: Warna hitam dan sedikit kelabu
- Pengeluaran susu :
Pengeluaran selaktasi: 6,640 liter
Peratus lemak: 3.8 %
Peratus protin: 3.3 %
Anda boleh dapatkan produk tenusu dengan harga murah di shopee mall. tekan link shopee di bawah: https://shp.ee/q9vh248
Akhir kata
Mengenali jenis-jenis baka lembu tenusu adalah penting bagi memilih baka yang sesuai di iklim Malaysia. Dengan memilih baka lembu tenusu yang sesuai dengan iklim membolehkan produksi susu akan lebih meningkat. Baka-baka lembu tenusu ini adalah antara baka lembu terbaik untuk diternak sebagai lembu tenusu.