cara tanam kunyit

Cara Tanam Kunyit Dalam Pasu Mudah

Anda ingin belajar cara tanam kunyit sendiri di rumah dengan betul? Di dalam slot kali ini kami kongsikan cara mudah untuk tanam pokok kunyit di halaman rumah anda sahaja. Tips dan perkongsian ini adalah daripada sharing warganet di laman facebook untuk rujukan anda terutamanya yang baru ingin mencuba menanam kunyit. 

Kunyit adalah satu bahan yang sangat popular untuk digunakan di dalam masakan seluruh dunia. Ramai orang memilih untuk membeli stok kunyit ini di pasaraya terdekat, namun tahukah anda pokok kunyit ini sangat mudah untuk ditanam dan boleh memberikan anda stok kunyit percuma sepanjang tahun. Nak tahu lebih banyak boleh teruskan membaca entry ini hingga habis. 

3 Tips Cara Tanam Kunyit di Rumah

Setiap jenis pokok sayuran mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza, untuk menghasilkan pokok kunyit yang sihat dan menghijau, terdapat beberapa tips dan cara yang anda boleh lakukan semasa penjagaan pokok kunyit anda. Berikut adalah berapa info penting yang anda mesti tahu:

Tips Tanam Kunyit

  1. Sediakan tempat yang redup untuk pokok kunyit tumbuh. Jangan tanam ditempat yang terlalu panas terik.
  2. Kunyit akan terhasil pada bahagian akar pokok, oleh itu sediakan pasu @ bekas @ polybag yang bersaiz besar. Tanah yang luas ini membantu perkembangan akar dan menghasilkan kunyit yang banyak.
  3. Kunyit adalah pokok yang mudah tumbuh, oleh itu anda boleh menggunakan baja hasil daripada bahan buangan sahaja seperti air basuh beras, kulit bawag, kulit pisang dan sebagainya.

Anda boleh juga menggunakan baja yang dijual untuk menghasilkan pokok kunyit yang lebih sihat dan stok kunyit yang banyak. Di hujung artikel ini terdapat beberapa link Shopee untuk beberapa barangan bercucuk tanam yang anda boleh beli. Jangan lupa untuk tebus voucer Shopee percuma di hujung slot ini. 

Cara Mudah Tanam Kunyit Dalam Pasu

Untuk tanam pokok daun kunyit anda tidak perlu untuk membeli biji benih, sebaliknya anda boleh semai kunyit hidup yang dibeli di pasaraya anda @ gunakan sahaja lebihan kunyit hidup yang ada di dapur.

Cara semai kunyit hidup

  1. Sediakan beberapa kunyit hidup untuk semaian tunas terlebih dahulu. Jika kunyit hidup sudah tumbuh tunas ia lebih baik untuk ditanam. 
  2. Letakkan kunyit hidup tadi ke dalam bekas, isikan sedikit air pada permukaan bekas. Air ini akan memberi nutrisi untuk kunyit tumbuh tunas.
  3. Apabila tunas telah panjang dalam 2 inci lebih, boleh tanam ke dalam media tanah dan pasu.
  4. Pastikan anda menyediakan pasu yang bersaiz besar untuk menghasilkan stok kunyit yang banyak.
  5. Elakkan tunas pokok kunyit daripada tenggelam, pokok akan mati jika tunas tertimbus ke dalam tanah media.
  6. Letak di kawasan teduh, siram setiap hari.
cara tanam kunyit
cara tanam kunyit
cara tanam kunyit

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai barang berkebun & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Biji Benih Sayur Sayuran : https://shp.ee/uibzpe9

Baja Organik : https://shp.ee/tyqw3y9

Baja AB : https://shp.ee/rcxcr69

Seeding Tray : https://shp.ee/2xuj2yr

Polybag : https://shp.ee/bnu94fr

 Akhir Kata

Mudah bukan? Sebenarnya tidak sukar untuk menanam kunyit ini anda hanya memerlukan kunyit yang tidak digunakan di dapur sahaja. Malah jika terdapat kunyit terbuang yang telah tumbuh tunas/berpucuk, letakkan sahaja di dalam pasu atau polybag ia akan tumbuh dengan sendiri. Anda mahu hasilkan stok serai sendiri di rumah? Boleh terus membaca slot cara tanam serai. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top