Cara Mudah Tanam Serai Dalam Pasu | Lebat & Subur

Serai merupakan tumbuhan yang digunakan dalam masakan untuk menjadikan lauk pauk yang dimasak wangi dan sedap. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk menanam serai ini tidaklah sesukar mana. Di dalam artikel kali ini akan dikongsikan cara tanam serai dalam pasu.

Serai ini tergolong dalam tanaman 3T, iaitu Tanam, Tinggal, Tuai. Maka nak menanam serai ini tidaklah suatu benda yang susah.

Langkah #1

Dapatkan serai yang segar tebal dan yang paling penting serai yang masih mempunyai akar pada pangkalnya. Anda boleh dapatkan serai di pasaraya untuk dijadikan induk. Atau selepas anda gunakan daun serai, bahagian pangkal akarnay masih boleh digunakan untuk ditanam dan menghasilkan serai lagi.

Langkah #2

Serai yang siap dipotong pangkal akarnya direndam terlebih dahulu di dalam air yang bersih, ini bagi menghilangkan sisa bendasing pada akar, rendam selama beberapa jam sahaja. Rendam pada bahagian akarnay sahaja ya.

Langkah #3

Sediakan media tanah yang bagus untuk semaian. Anda boleh dapatkan media tanah yang dijual di kedai atau melakukan carian atas talian seperti shopee dan lazada. Terdapat banyak media tanah yang baik untuk tanaman sayuran seperti serai. Sediakan media tanah di dalam setiap bekas untuk serai.

1 bekas pasu untuk maksima 4 batang serai sahaja, dan setiap serai itu jarakkan 2 ke 3 inci. Ini bagi mencepatkan proses tumbesaran akar serai berbanding jika hanya 1 batang di dalam bekas pasu tumbesarannya akan lebih lambat. Tips, untuk cepatkan proses tumbesaran serai anda boleh campurkan dengan baja kompos di dalam media tanah.

Langkah #4

Setelah media tanah beserta bekas siap disediakan, boleh mula cucuk pangkal akar serai tadi ke dalam bekas media. Penting elakkan cucuk terlalu dalam, cucuk hanya pada bahagian pangkal akar sahaja, jika terlalu dalam serai berkemungkinan akan mati disebabkan terkena lebihan air. Tutup dengan tambahkan lagi baja kompos di dalam pasu.

Langkah #5

Siram setiap hari, untuk tanaman serai ini sebenarnya anda tak perlu untuk siram setiap hari kerana semula jadinya serai boleh hidup walaupun tidak disiram. Namun seeloknya lakukan siraman dan beri baja agar serai membesar dengan sihat dan cepat.

Seperti sedia maklum serai adalah tanaman yang mudah membesar walaupun tanpa jagaan rapi. Walaupun begitu, untuk proses tumbesaran yang baik dan cepat rahsia utama adalah dengan memberi baja kepada induk serai yang ditanam. 

 Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top